Tuesday, July 1, 2014

Berang Ditegur Suka Pukul Isteri, Bekas Anggota Polis Dipenjara Kerana Tumbuk Adik Ipar12

Sehubungan itu, tertuduh tidak perlu lagi menjalani hukuman itu kerana telah direman sejak tarikh tangkap itu.
   
Mohd Nizam mengaku mencederakan adik iparnya Ku Hayani Ku Ali, 28, di Sri Gembira Apartment, Taman Bamboo, Batu 4, Sentul di sini pada pukul 7 malam, 29 Mei lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
   
Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri, Mohd Nizam menumbuk muka dan kepala Ku Hayani kerana adik iparnya menegur sikapnya yang memukul isterinya, yang merupakan kakak pengadu.
 
Sementara itu, di mahkamah yang sama, hasrat seorang pemuda dari Kuching, Sarawak yang ingin mencari pekerjaan di ibu kota, bertukar menjadi pengalaman buruk baginya apabila dijatuhi hukuman penjara 30 hari kerana kesalahan menceroboh masuk ke dalam sebuah bangunan pejabat.
   
Majistret Zuraini memerintahkan Madzihi Mahedin, 28, menjalani hukuman itu dari tarikh ia ditangkap pada Rabu lepas.
   
Madzihi didakwa menceroboh masuk ke Wisma Cheong Hin Holding, Jalan Pudu, dekat sini, pada jam 9 malam, 25 Jun lalu mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000.
   
Terdahulu ketika merayu hukuman ringan, Madzihi berkata dia melakukan kesalahan itu kerana terdesak dan memerlukan wang untuk menyara diri serta ibu bapanya di kampung setelah gagal mendapat pekerjaan sejak tiba di sini pada 15 Jun lepas.
   
Di Mahkamah Majistret berasingan, seorang buruh kasar Awang Hassim Ag Tahir, 32, dijatuhi hukuman penjara 10 hari setelah mengaku bersalah mencuri tujuh botol syampu bernilai RM84, semalam.
 
Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor sebelum menjatuhkan hukuman menegur tertuduh kerana tidak menghormati bulan Ramadan dan melakukan perbuatan mencuri.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Malik Streams Corporation Sdn Bhd, No 15 Jalan Tun Tan Siew Sin, Dang Wangi, dekat sini jam 10.30 pagi semalam.
   
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. – Bernama

No comments:

Post a Comment